ACHTUNG!!!

juxtaART has used up it's 2GB photo storage. To continue it's visual journal, juxtaART.the sequel is born. Do check out Part II by clicking on the link (blue text) above.

peace and love.

thank you.

Sunday, December 12, 2010

Juxta ART in the media!

From Kosmo! 2 February 2010 :


Melukis daripada hati

Kerana minat, anak muda ini sanggup meninggalkan kerjaya dalam bidang seni bina untuk menjadi seorang pelukis dan penggiat seni sepenuh masa.

AZEEM nekad meninggalkan kerjaya dalam bidang seni bina untuk bergelar pelukis.



MEMBELEK buku-buku lukisan milik Raja Azeem Idzham Raja Azaham, 26, mata terpaku melihat ketelitian setiap garisan-garisan halus disatukan menjadi karya yang mengagumkan.
Walaupun banyak yang kurang difahami maksud atau bentuknya, namun penulis tetap terpegun dengan hasilnya. Hanya mereka yang mempunyai bakat, imaginasi dan ketekunan sahaja mampu menzahirkannya.
Mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang seni bina dengan memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azeem tidak pernah terfikir dia akan menjadikan lukisan sebagai kariernya.
Selepas tamat pengajian, dia menyertai sebuah syarikat seni bina dengan harapan untuk meneruskan kerjaya profesionalnya dalam bidang tersebut.
Namun, jiwanya adalah dalam bidang seni. Menyedari masanya terhad untuk berkarya kerana bekerja sepenuh masa, Azeem mengambil keputusan drastik melepaskan jawatan di firma tersebut sejak setahun lalu.

KADANG-KADANG Azeem tidak merancang apa yang hendak dilukis, sebaliknya hanya mengikut gerak hati dan pensel.



"Ramai yang kata saya gila. Tetapi inilah keputusan saya demi meneruskan minat yang bermula hanya sekadar hobi.
"Memang jika dibandingkan dari segi pendapatan, bekerja dalam bidang seni bina menjanjikan pendapatan tetap dan agak setiap bulan. Tetapi saya tidak mahu menyesal di kemudian hari kerana tidak boleh melakukan apa yang saya suka," katanya.
Menceritakan bagaimana obsesinya terhadap lukisan berunsurkan lakaran di atas kertas kartun, fantasi dan abstrak bermula, Azeem memberitahu sejak zaman sekolah lagi dia telah menunjukkan bakat melukis. Begitu juga dengan lima adik beradiknya yang lain.
Ibu dan bapanya turut mempunyai latar belakang dalam bidang seni. Malah, kedua-duanya mahir melukis. Namun mereka tidak mempraktikkannya sebagai satu kerjaya. Cuma selepas pencen, bapanya aktif melukis dan mampu menyiapkan sehingga 60 lukisan setahun.

AZEEM sudah lebih setahun bergelar seorang pelukis profesional dan dia gembira melakukan kerja yang diminatinya selama ini.



Azeem melukis mengikut gerak hati dan tangannya. Kadang-kadang dia tidak merancang apa yang ingin dilakarkan, hanya mengikut gerak pensel sehinggalah siap. Kebanyakan lukisan yang dilakar dalam buku lakarannya bukan untuk dijual.
Begitupun, dia ada menerima tempahan daripada orang ramai. Selain daripada lakaran atas kertas, dia juga mengambil tempahan lukisan atas kanvas.
"Ada beberapa lukisan saya dijadikan corak pada baju dan saya mendapat komisen berdasarkan jumlah baju yang dicetak.
"Saya juga membuat animasi dan apa sahaja yang memerlukan kemahiran melukis. Kini saya mendapat bayaran dengan apa yang sebelum ini saya sifatkan sebagai hobi. Saya bebas menyusun kerja dan masa," katanya.

KEBANYAKAN hasil lukisan Azeem adalah dalam bentuk animasi, abstrak atau fantasi.



Lakaran atas kertas yang dihasilkan oleh Azeem dijual pada harga RM50 hingga RM200, manakala lukisan pada kanvas bergantung kepada saiz gambar dan kesukarannya.
Bagi Azeem, melukis bukan sahaja memerlukan bakat tetapi kesabaran dan ketekunan. Ini kerana untuk menyiapkan sesebuah lukisan yang rumit, ia boleh memakan masa sehingga berminggu-minggu.
Seseorang itu juga harus kreatif dalam memilih tema dan cara mereka menyampaikan idea tersebut di atas kertas mahupun kanvas.
Ditanya mengenai perancangan Azeem pada masa hadapan, dia berhasrat untuk membuka sebuah galeri bersama ahli keluarganya.
Kepada mereka yang berminat untuk melihat atau mendapatkan lukisan-lukisan Azeem, layari www.facebook.com/juxtaART atau juxta_art@yahoo.com. - JULIA ISMAIL

No comments:

Post a Comment

ACHTUNG!!!

juxtaART has used up it's 1GB photo storage. As this blog is a visual diary of juxtaART's journey into the abstract surrealist world of art, hence juxtaART.the sequel is born. All new entries will be uploaded there (click on the blue text above). Please continue to support juxtaART as we are committed in continuing to 'nganga'ing everyone.

peace n love.

thank you.